Privacy Policy Bahasa

Dasar Privasi

Kemas kini terakhir: 31 Mac 2026

Komitmen kami untuk melindungi privasi anda

Tujuan kami adalah untuk membantu individu berhubung dengan Agensi atau Perekrut yang sesuai, serta membantu Agensi dan Perekrut mempamerkan reputasi dan pengalaman mereka. Kami percaya bahawa anda perlu memahami bagaimana maklumat anda dikumpul, digunakan, dilindungi dan bagaimana anda boleh mengurusnya apabila anda berinteraksi dengan kami. Dasar Privasi kami menjelaskan semua perkara ini secara terperinci di bawah.

Apabila anda mendaftarkan diri dan mewujudkan atau menuntut akaun dengan kami, menggunakan produk dan perkhidmatan kami, melawat Platform kami atau berinteraksi dengan kami melalui telefon, e-mel, secara peribadi atau melalui sebarang cara lain, terma-terma yang terkandung dalam Dasar Privasi ini akan dikenakan terhadap anda.

Istilah yang bermula dengan huruf besar dalam Dasar Privasi ini ditakrifkan dalam Bahagian 17, kecuali dinyatakan sebaliknya.

Kami mengendalikan suatu platform profil, ulasan dan pengurusan reputasi dalam talian beserta perkhidmatan berkaitan yang merentas rantau Asia-Pasifik dengan perkhidmatan di Australia, New Zealand, Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand dan Hong Kong.

Memandangkan kami beroperasi di dalam pasaran yang berbeza-beza di seluruh rantau Asia-Pasifik, aspek tertentu dalam Dasar Privasi ini akan menangani keperluan khusus bagi setiap rantau di bawah Undang-undang Privasi yang dikenakan (sila lihat Bahagian 18 untuk maklumat lanjut). Adalah penting bagi anda membaca Dasar Privasi ini dengan sepenuhnya demi memastikan anda memahami semua aspek yang melibatkan anda.

SEEK Recruiter Profile Pty Ltd adalah entiti undang-undang dalam Kumpulan SEEK yang bertanggungjawab untuk Maklumat Peribadi yang kami Proses.

Kami mengumpul maklumat bagi membantu Agensi dan Perekrut mempamerkan reputasi mereka, serta membantu Calon dan organisasi berhubung dengan Perekrut yang sesuai bagi mereka.

Jenis maklumat utama (termasuk Maklumat Peribadi) yang mungkin kami kumpul termasuk tetapi tidak terhad kepada:

a) Jika anda seorang Pengguna Berdaftar:

Kategori Maklumat Peribadi 

Huraian 

Data Am 

  • Untuk semua Pengguna Berdaftar: nama, alamat e-mel dan kata laluan, butir-butir Akaun Berpaut. 

  • Untuk Calon dan Majikan yang berhubung dengan Perekrut: nama dan alamat e-mel. Maklumat peribadi yang diberikan dalam mesej juga mungkin dikumpul. Resume Calon juga mungkin dikumpul. 

  • Untuk Calon dan Majikan yang meninggalkan ulasan: nama, alamat e-mel, ulasan yang disiarkan. 

Data Hubungan 

  • Alamat e-mel, nombor telefon mudah alih, nombor hubungan lain, alamat hubungan, butir-butir syarikat (jika berkenaan). 

  • Log masuk Google atau Facebook atau Apple ID (Akaun Berpaut). 

  • Data hubungan lain yang mungkin dimasukkan oleh Calon atau Majikan dalam mesej mereka kepada Perekrut. 

  • Data hubungan lain yang mungkin dikongsi oleh Pengguna dengan kami. 

Data Latar Belakang 

Bagi Perekrut yang mewujudkan atau menuntut suatu Halaman Profil, anda boleh memilih untuk mendedahkan kepada kami maklumat berikut: ringkasan peribadi, sejarah kerjaya, gambar profil, klasifikasi profesional, lokasi kerja, lesen dan sijil serta sebarang maklumat latar belakang lain yang anda pilih untuk dikongsi dalam Halaman Profil anda. 

Data Penggunaan dan Peranti 

Maklumat mengenai akses dan lawatan ke Platform, corak penggunaan, ID peranti, Cookies, halaman yang anda lawati, sejarah carian dan klik di Platform, langkah menyesuaikan kandungan Platform, Alamat IP, jenis dan bentuk pelayar, halaman perujuk, sistem operasi, cap tarikh dan waktu dan dataclickstreamyang disimpan dalam fail log. 

Data ini dikumpul secara automatik melalui penggunaan Cookies yang merupakan sebahagian daripada atau diletakkan dalam pelayar anda atau pada peranti anda. (lihat Bahagian 11 untuk maklumat lanjut tentang bagaimana kami menguruskan Data Penggunaan dan Peranti). 

Data Pihak Ketiga (termasuk Maklumat Peribadi mengenai Orang Berkaitan) 

Nama, alamat e-mel, nombor telefon mudah alih, nombor hubungan lain, alamat hubungan, tempat kerja, jawatan, perhubungan dengan Pengguna Berdaftar (sila pastikan anda mendapat kebenaran daripada pihak ketiga yang berkenaan apabila mendedahkan Maklumat Peribadi mereka kepada kami). 

Data Lokasi 

Alamat hubungan dan/atau lokasi peranti apabila menggunakan Platform pada peranti anda. Lokasi peranti anda hanya akan disimpan pada peranti anda dan hanya jika anda memberikan kebenaran anda agar aplikasi mengenal pasti lokasi anda. 

b) Jika anda adalah Pengguna Tak Berdaftar:  

Kami mungkin mengumpul Data Penggunaan dan Peranti, Data Hubungan dan/atau Data Lokasi anda jika anda berkomunikasi dengan kami sebagai Pengguna Tak Berdaftar. Contohnya, jika anda menghubungi kami melalui telefon, e-mel atau dalam talian.  

c) Jika anda adalah Pengguna Muda: 

Untuk Pengguna Muda yang umurnya di bawah umur minimum yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Privasi yang dikenakan, anda membuat representasi dan menjamin bahawa ibu, bapa atau penjaga sah anda telah dimaklumkan mengenai Dasar Privasi ini dan menyetujuinya. Jika dikehendaki di sisi undang-undang, anda bertanggungjawab mendapatkan kebenaran yang sah daripada ibu, bapa atau penjaga sah anda sebelum memberikan Maklumat Peribadi anda kepada kami (Kebenaran Ibu Bapa). Kami boleh meminta anda memberikan bukti mengenai Kebenaran Ibu Bapa kepada kami dan kami berhak untuk memadamkan apa-apa Maklumat Peribadi yang dikumpul daripada anda jika kami tidak dapat menentusahkan bahawa anda mempunyai kebenaran yang diperlukan untuk memberikan Maklumat Peribadi anda kepada kami dan/atau untuk menggunakan Platform kami. Kami tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab jika anda gagal mendapatkan Kebenaran Ibu Bapa.  

d) Kategori Maklumat Peribadi yang lain: 

Kami juga mungkin mengumpul Maklumat Peribadi lain yang diberikan oleh anda melalui interaksi anda dengan kami, contohnya, berhubung dengan tinjauan atau promosi.  

Dalam kebanyakan kes, kami tidak perlu mengumpul Maklumat Sensitif anda apabila anda berinteraksi dengan kami. Anda tidak harus mendedahkan sebarang Maklumat Sensitif kepada kami yang tidak perlu atau tidak relevan untuk didedahkan. Calon dan Majikan harus berhati-hati terutamanya apabila mengisi ruang teks bebas, seperti ketika menghantar mesej kepada Perekrut atau ketika menulis ulasan. Maklumat ini akan dikumpul oleh kami bagi pihak Perekrut.

Kami mengumpul Maklumat Peribadi anda melalui beberapa cara yang berbeza.  

a) Terus daripada anda 

Kami mengumpul Maklumat Peribadi anda secara terus daripada anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada) apabila anda mendaftarkan diri dan mewujudkan atau menuntut akaun dengan kami, menggunakan mana-mana produk dan perkhidmatan kami (termasuk apabila anda berkomunikasi dengan kami) atau hanya melawat Platform kami. 

b) Kumpulan SEEK 

Kami juga mungkin menerima atau mengumpul Maklumat Peribadi anda daripada entiti lain dalam Kumpulan SEEK dari semasa ke semasa selaras dengan dasar privasi entiti berkaitan tersebut dan/atau Undang-undang Privasi yang berkaitan atau undang-undang lain yang berkaitan (mengikut keadaan). 

c) Secara tidak langsung  

Kami juga mungkin mengumpul Maklumat Peribadi anda melalui pihak ketiga, contohnya: 

  • Apabila anda mendaftarkan diri dan log masuk ke akaun anda dengan kami melalui Google, Facebook atau Apple.  ⁠ Apabila anda mendaftarkan diri atau log masuk menggunakan butir-butir log masuk Google atau Facebook atau Apple ID anda, anda memberikan kebenaran kepada Google, Facebook atau Apple (mengikut keadaan) untuk berkongsi data anda dengan kami, seperti nama dan alamat e-mel anda. Jika anda sudah mempunyai akaun yang didaftarkan dengan alamat e-mel yang sama, akaun sedia ada anda akan dipautkan dengan butir-butir log masuk Akaun Berpaut anda. Apabila menggunakan Apple ID anda, anda boleh memilih untuk menyembunyikan alamat e-mel anda daripada kami dan Apple sebaliknya akan memberikan kami alamat e-mel rawak yang akan dipautkan ke akaun anda.  ⁠⁠ Sila ambil maklum bahawa dengan mengemas kini alamat e-mel anda melalui bahagian 'Tetapan' dalam akaun anda, ini tidak akan menyahpaut akaun anda daripada butir-butir log masuk Akaun Berpaut anda. Anda boleh menyahpaut butir-butir log masuk Google anda di halaman "Akaun Berpaut" pada Akaun Google anda. Anda boleh menyahpaut butir-butir log masuk Facebook anda dalam tetapan "Apl dan Laman Web" pada Akaun Facebook anda. Anda boleh menyahpaut butir-butir log masuk Apple anda menggunakan tetapan "Log Masuk dengan Apple" atau "Aplikasi yang Menggunakan Apple ID" pada tetapan akaun Apple ID anda. Jika anda menyahpaut Akaun Berpaut anda, kami masih akan menyimpan Maklumat Peribadi yang anda kongsi melalui Akaun Berpaut apabila anda mendaftarkan akaun anda buat pertama kali.

  • Apabila kami bekerjasama dengan pihak ketiga, contohnya, Pembekal Perkhidmatan dan Rakan Kongsi kami (yang termasuk pembekal perisian pengambilan pekerja).  ⁠

  • Jika anda adalah Calon atau Majikan, kami mungkin mengumpul Maklumat Peribadi tambahan tentang anda melalui Perekrut jika maklumat ini direkodkan dalam Platform kami daripada suatu penempatan kerja. 

  • Kami juga mungkin mengumpul Maklumat Peribadi anda daripada pihak berkuasa kerajaan, penguatkuasaan undang-undang dan pihak berkuasa kawal selia apabila perlu dan seperti yang dikehendaki. Ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, agensi polis, imigresen, kastam dan keselamatan sempadan. 

d) Daripada aktiviti dalam talian anda 

Kami menggunakan Cookies untuk mengumpul Data Penggunaan dan Peranti anda apabila anda menggunakan platform mana-mana entiti dalam Kumpulan SEEK (Platform Berkaitan). Untuk maklumat lanjut tentang Cookies dan Data Penggunaan dan Peranti, sila lihat Bahagian 11 di bawah. 

Kami mengumpul Maklumat Peribadi daripada anda yang mana kami mempunyai asas undang-undang untuk mengumpulnya dan yang diperlukan bagi tujuan yang dinyatakan di bawah: ⁠ ⁠ ⁠a) Untuk menyediakan pengguna dengan produk dan perkhidmatan  

Tujuan 

Kategori Maklumat Peribadi dan Asas Undang-Undang 

Untuk menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan 

Kami menggunakan maklumat anda untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada membantu dan membolehkan Perekrut mewujudkan dan mempamerkan Halaman Profil dan kandungan Ulasan mereka, membolehkan Calon dan Majikan mencari dan berhubung dengan Agensi dan Perekrut, memproses transaksi dengan anda, dan mengesahkan anda sebagai Pengguna Berdaftar. 

Kategori Maklumat Peribadi 

  • Data Am 

  • Data Hubungan 

  • Data Latar Belakang 

  • Data Penggunaan dan Peranti 

  • Data Pihak Ketiga 

  • Data Lokasi 

  Asas Undang-undang 

  • Obligasi Kontraktual 

  • Kepentingan Sah  

  • Pemberitahuan dan/atau Persetujuan (apabila dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan) 

Untuk menyesuaikan dan menambah baik produk dan perkhidmatan 

Kami menggunakan maklumat anda untuk menyesuaikan dan menambah baik produk dan perkhidmatan kami. 

Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk menyesuaikan ciri-ciri dan mempersonalisasikan pengalaman anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada mengesyorkan Perekrut kepada Calon di Platform kami, berdasarkan pemadanan sejarah penempatan Perekrut dengan profil Calon. 

Kategori Maklumat Peribadi 

  • Data Am 

  • Data Hubungan 

  • Data Latar Belakang 

  • Data Penggunaan dan Peranti 

  • Data Lokasi 

  Asas Undang-undang 

  • Kepentingan Sah  

  • Pemberitahuan dan/atau Persetujuan (apabila dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan) 

Untuk berkomunikasi dengan anda tentang penggunaan produk dan perkhidmatan kami serta menyediakan anda dengan sokongan teknikal dan lain-lain 

Kami mungkin menghubungi anda dan memberikan maklumat yang berkaitan dengan penggunaan Platform, produk atau perkhidmatan anda serta menyediakan anda dengan sokongan teknikal dan lain-lain.    Apabila kami berbual dengan anda melalui telefon, kami mungkin merakam panggilan tersebut untuk tujuan latihan, pengesahan dan jaminan kualiti. 

Kategori Maklumat Peribadi 

  • Data Am 

  • Data Hubungan 

  • Data Penggunaan dan Peranti 

  • Data Lokasi 

Asas Undang-undang 

  • Kepentingan Sah  

  • Obligasi Undang-undang 

  • Pemberitahuan dan/atau Persetujuan (apabila dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan) 

b) Tujuan pemasaran dan komunikasi 

Tujuan 

Kategori Maklumat Peribadi dan Asas Undang-Undang 

Untuk memasarkan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan kami 

Kami menggunakan maklumat anda untuk menghantar bahan pemasaran dan promosi kepada anda bagi tujuan pemasaran langsung termasuk maklumat tentang produk dan ciri-ciri kami, penempatan kerja dan maklumat kerjaya yang berkaitan, surat berita, permintaan tinjauan dan acara yang kami fikir mungkin menarik minat anda. 

Kami mungkin berkomunikasi dengan anda melalui beberapa saluran yang berbeza (termasuk tetapi tidak terhad kepada e-mel/mesej segera/media sosial). 

Sila lihat Bahagian 13 di bawah tentang bagaimana anda boleh mengubah keutamaan komunikasi anda. 

Kategori Maklumat Peribadi 

  • Data Am 

  • Data Hubungan 

  • Data Latar Belakang 

  • Data Penggunaan dan Peranti 

  • Data Lokasi 

Asas Undang-undang 

  • Kepentingan Sah  

  • Pemberitahuan dan/atau Persetujuan (apabila dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan) 

Data Penggunaan dan Peranti 

Kami menjejak dan memantau Data Penggunaan dan Peranti anda untuk mempersonalisasikan, mengurus dan menyasarkan paparan iklan yang mungkin kelihatan kepada anda. 

Sila lihat Bahagian 11 di bawah untuk maklumat lanjut tentang cara kami menggunakan Cookies

Kategori Maklumat Peribadi 

  • Data Am 

  • Data Hubungan 

  • Data Penggunaan dan Peranti 

  • Data Lokasi 

 

Asas Undang-undang 

  • Kepentingan Sah  

  • Pemberitahuan dan/atau Persetujuan (apabila dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan) 

Untuk menjalankan tinjauan pasaran, ujian dan penyelidikan pelanggan 

 

Kategori Maklumat Peribadi 

  • Data Am 

  • Data Hubungan 

  • Data Penggunaan dan Peranti 

 

Asas Undang-undang 

  • Kepentingan Sah  

  • Pemberitahuan dan/atau Persetujuan (apabila dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan) 

Untuk menghantar kepada anda maklumat mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan dalam Kumpulan SEEK, Pengiklan dan Rakan Kongsi 

Kategori Maklumat Peribadi 

  • Data Am 

  • Data Hubungan 

  • Data Latar Belakang 

 

Asas Undang-undang 

  • Kepentingan Sah  

  • Pemberitahuan dan/atau Persetujuan (apabila dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan) 

c) Sebagai sebahagian daripada operasi perniagaan Kumpulan SEEK 

Tujuan 

Kategori Maklumat Peribadi dan Asas Undang-Undang 

Untuk penyelidikan dan pembangunan produk dan perkhidmatan dalam Kumpulan SEEK  

Kami menggunakan maklumat anda untuk mendapatkan pandangan tentang Pengguna kami dan membantu perniagaan dalam Kumpulan SEEK untuk menambah baik, menyesuaikan dan membangunkan produk dan perkhidmatan mereka (contohnya, dengan menjalankan ujian, analitik dan penyelidikan pelanggan). 

Kategori Maklumat Peribadi 

  • Data Am 

  • Data Hubungan 

  • Data Latar Belakang 

  • Data Penggunaan dan Peranti 

  • Data Lokasi 

 

Asas Undang-undang 

  • Kepentingan Sah  

  • Pemberitahuan dan/atau Persetujuan (apabila dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan) 

Untuk mengurus dan mentadbir produk dan perkhidmatan kami, mengesahkan identiti anda dan memastikan keselamatan dan sekuriti operasi kami  

Kami menggunakan maklumat anda untuk mengesahkan identiti anda (dan sebarang maklumat lain yang mungkin anda berikan kepada kami), akaun dan aktiviti anda, untuk mengesan, mencegah dan bertindak balas terhadap insiden keselamatan yang berpotensi atau sebenar serta untuk memantau dan melindungi daripada aktiviti berbahaya, menipu, penipuan atau haram yang lain. Ini mungkin termasuk pengurusan pengesahan melalui sistem log masuk terpusat dan penyimpanan data log masuk dan pengesahan tertentu secara terpusat, supaya anda boleh mengakses berbilang platform Kumpulan SEEK dengan selamat menggunakan satu set butiran log masuk. 

Kategori Maklumat Peribadi 

  • Data Am 

  • Data Hubungan 

  • Data Latar Belakang 

  • Data Penggunaan dan Peranti 

  Asas Undang-undang 

  • Kepentingan Sah  

  • Pemberitahuan dan/atau Persetujuan (apabila dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan) 

Untuk melindungi hak semua entiti dalam Kumpulan SEEK, aset, hak dan kepentingan lain serta kakitangan 

Kategori Maklumat Peribadi 

  • Data Am 

  • Data Hubungan 

  • Data Latar Belakang 

  • Data Penggunaan dan Peranti 

  • Data Pihak Ketiga 

  ⁠Asas Undang-undang 

  • Kepentingan Sah  

  • Obligasi Undang-undang 

  • Pemberitahuan dan/atau Persetujuan (apabila dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan) 

Untuk menghantar kepada anda maklumat pelabur yang berkaitan dengan SEEK Limited 

Kategori Maklumat Peribadi 

  • Data Am 

  • Data Hubungan 

 

Asas Undang-undang 

  • Kepentingan Sah  

  • Obligasi Kontraktual 

  • Obligasi Undang-undang 

  • Pemberitahuan dan/atau Persetujuan (apabila dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan) 

d) Untuk memenuhi obligasi kawal selia, pematuhan dan undang-undang kami 

Tujuan  

Kategori Maklumat Peribadi dan Asas Undang-Undang 

Untuk mematuhi obligasi kawal selia, pematuhan dan undang-undang kami 

Ini termasuk, tanpa had, untuk meneruskan permintaan yang berkaitan dengan hak-hak anda berkenaan dengan penggunaan dan pengendalian Maklumat Peribadi anda oleh kami serta untuk bertindak balas terhadap permintaan maklumat yang berpotensi daripada pihak berkuasa kawal selia atau penguatkuasaan undang-undang yang berbeza. 

Kategori Maklumat Peribadi 

  • Data Am 

  • Data Hubungan 

  • Data Latar Belakang 

  • Data Pihak Ketiga 

  • Data Penggunaan dan Peranti 

 

Asas Undang-undang 

  • Kepentingan Sah  

  • Pemberitahuan dan/atau Persetujuan (apabila dikehendaki oleh Undang-undang Privasi yang dikenakan) 

Adalah penting bagi kami untuk Memproses Maklumat Peribadi anda bagi menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak mahu maklumat anda diProses bagi tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, anda mungkin perlu berhenti menggunakan Platform, produk atau perkhidmatan kami atau berinteraksi dengan kami. 

Anda boleh memilih untuk tidak berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan kami. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidak memberikan kami Maklumat Peribadi yang diperlukan, kami mungkin tidak dapat menyediakan anda dengan sebahagian atau semua produk atau perkhidmatan kami.  

Kami juga memerlukan Maklumat Peribadi anda untuk memenuhi obligasi undang-undang kami. Apabila asas undang-undang bagi Pemprosesan Maklumat Peribadi anda adalah untuk mematuhi obligasi undang-undang kami, kegagalan anda untuk memberikan kami Maklumat Peribadi tertentu mungkin menyebabkan kami dan/atau anda melanggar obligasi undang-undang tersebut.  

Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dalam beberapa cara yang berbeza.  ⁠⁠ ⁠a) Kumpulan SEEK  ⁠ Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan mana-mana entiti atau perniagaan dalam Kumpulan SEEK bagi tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.   ⁠ ⁠b) Perekrut   ⁠ Jika anda adalah Calon atau Majikan, anda bersetuju bahawa kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan Perekrut apabila anda meninggalkan ulasan atau menghubungi Perekrut. Maklumat anda mungkin disimpan dalam: the SEEK Recruiter Profile database; 

  • pangkalan data SEEK Recruiter Profile; 

  • platform data SEEK; atau 

  • perisian pengambilan pekerja pilihan Perekrut/Agensi.  

Kami tidak bertanggungjawab ke atas, dan tidak dapat memastikan keselamatan, Maklumat Peribadi anda yang disimpan oleh Agensi dan Perekrut di luar Platform kami.   

Sebarang pertanyaan yang anda ada berkaitan dengan Agensi atau Perekrut yang mempunyai Halaman Profil di platform ini, proses pengambilan pekerja dan/atau pengalaman Agensi atau Perekrut hendaklah ditujukan terus kepada Perekrut.  

Sila ambil maklum bahawa jika anda memilih untuk berkongsi Halaman Profil, resume atau sebarang maklumat permohonan lain dengan Agensi atau Perekrut, Agensi atau Perekrut ini mungkin secara sengaja atau tidak sengaja berkongsi maklumat ini dengan pihak lain. Penggunaan atau perkongsian maklumat anda (peribadi atau sebaliknya) oleh Agensi dan Perekrut ini, serta penyimpanan maklumat anda dalam sistem Agensi atau Perekrut di luar Platform kami, adalah di luar kawalan kami dan kami tidak boleh menerima tanggungjawab ke atas kelakuan mereka atau keselamatan sistem mereka. Agensi dan Perekrut dikehendaki oleh kami untuk mematuhi semua undang-undang yang dikenakan, termasuk obligasi berkaitan penggunaan dan pendedahan Maklumat Peribadi yang digariskan dalam Undang-undang Privasi yang dikenakan dan sebarang undang-undang lain yang berkaitan, termasuk undang-undang yang mengawal maklumat kesihatan. 

Calon hendaklah menghubungi Agensi atau Perekrut secara terus untuk meminta akses kepada, atau pemadaman, sebarang Maklumat Peribadi yang telah mereka berikan sebagai sebahagian daripada mesej yang dihantar.  ⁠ ⁠c) Pihak Ketiga

Pembekal Perkhidmatan dan Rakan Kongsi 

Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pihak ketiga, seperti Pembekal Perkhidmatan, kontraktor dan Rakan Kongsi kami dari semasa ke semasa tetapi hanya bagi tujuan: 

  • membantu kami menyampaikan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda; 

  • membolehkan anda mengakses produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan;  

  • menjalankan tinjauan, ujian dan penyelidikan pelanggan; atau 

  • bagi sebarang tujuan lain yang digariskan dalam Bahagian 6 Dasar Privasi ini. 

Pihak berkuasa kerajaan 

Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan, agensi penguatkuasaan undang-undang, badan kawal selia atau pegawai yang berwenang yang mempunyai kuasa undang-undang untuk meminta pendedahan Maklumat Peribadi. Ini termasuk sebarang obligasi untuk mematuhi perintah mahkamah atau obligasi undang-undang lain yang mungkin kami miliki. 

Penggabungan, pengambilalihan atau penstrukturan semula 

Dalam hal berlakunya sebarang penggabungan, pengambilalihan atau penstrukturan semula, kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan penerima pindahan atau pengganti mana-mana entiti dalam Kumpulan SEEK, atau mana-mana bakal pembeli perniagaan atau aset dalam Kumpulan SEEK (berserta penasihat berkaitan mereka).   ⁠ ⁠d) Platform dan Laman Web Pihak Ketiga  ⁠ ⁠Pendedahan Halaman Profil Agensi dan Perekrut kepada Platform dan Laman Web Pihak Ketiga mungkin berlaku melalui cara-cara yang termasuk pengindeksan, pengikisan, caching, pemprosesan, pengagregatan dan penerbitan semula kandungan Halaman Profil anda oleh enjin carian, perkhidmatan berkuasa AI, automated crawlers dan alat seumpamanya. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas cara platform tersebut mengendalikan maklumat anda dan tidak dapat menjamin pembuangan atau pemadaman Maklumat Peribadi anda jika maklumat tersebut muncul di Platform dan Laman Web Pihak Ketiga ini, termasuk sebarang salinan cached atau penerbitan semula. Platform ini mungkin menyimpan atau memproses maklumat dalam bidang kuasa yang mempunyai undang-undang privasi yang berbeza atau kurang melindungi berbanding undang-undang yang dikenakan kepada SEEK. 

Pengguna sangat disyorkan untuk merujuk kepada dasar privasi Platform dan Laman Web Pihak Ketiga sebelum menggunakannya. 

Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda di luar Lokasi Utama anda dalam keadaan berikut: 

a) dengan SEEK Limited (syarikat induk utama Kumpulan SEEK, yang didaftarkan di Australia), entiti yang bertanggungjawab untuk mengehoskan dan mengendalikan Platform serta menyimpan Maklumat Peribadi anda, pada pelayan selamat yang terletak di Australia dan Amerika Syarikat; 

b) dengan Pembekal Perkhidmatan, Rakan Kongsi atau pihak ketiga lain yang menyediakan perkhidmatan kepada kami dari lokasi luar negara termasuk Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Belanda, Jerman, Perancis, Ireland, Singapura dan India; 

c) apabila Maklumat Peribadi anda dikongsi dengan mana-mana entiti atau perniagaan dalam Kumpulan SEEK bagi tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini; 

d) apabila Maklumat Peribadi anda dikongsi dengan Agensi dan Perekrut yang terletak di luar Lokasi Utama anda. Agensi dan Perekrut yang terletak di luar negara mungkin mempunyai akses kepada Maklumat Peribadi anda melalui ulasan. Agensi dan Perekrut akan dapat melihat Maklumat Peribadi anda apabila menghubungi anda untuk menulis ulasan, apabila anda menghantar ulasan atau apabila anda menghubungi mereka. Sila lihat Bahagian 13 untuk maklumat lanjut tentang tetapan privasi Halaman Profil anda; dan  

e) apabila kami menganggap perlu untuk mematuhi sebarang obligasi undang-undang atau kawal selia. 

Kami mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan keselamatan sistem kami dan melindungi Maklumat Peribadi anda daripada penyalahgunaan, gangguan dan kehilangan serta akses, pengubahsuaian atau pendedahan tanpa kebenaran. Sebarang Maklumat Peribadi yang kami simpan disimpan pada pelayan selamat dan dilindungi dalam kemudahan terkawal. 

Kami mengikuti piawaian industri yang diterima untuk melindungi Maklumat Peribadi anda. Walau bagaimanapun, tiada kaedah penghantaran melalui internet, atau kaedah penyimpanan elektronik, yang dijamin sentiasa selamat. Pihak ketiga yang kami kongsi Maklumat Peribadi anda (termasuk Perekrut) diminta oleh kami untuk mematuhi semua obligasi berkaitan penggunaan dan pendedahan Maklumat Peribadi yang digariskan dalam Undang-undang Privasi yang dikenakan dan sebarang undang-undang lain yang berkaitan. Apabila anda diminta oleh pihak ketiga untuk memberikan maklumat anda secara terus kepada mereka (contohnya, apabila anda berkomunikasi dengan Perekrut), penggunaan maklumat anda oleh pihak ketiga ini akan ditadbir oleh dasar privasi mereka sendiri dan bukan tanggungjawab kami atau dalam kawalan kami.  

Anda juga boleh memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan Maklumat Peribadi anda, dengan mengekalkan kerahsiaan sebarang kata laluan dan akaun yang digunakan di Platform. Sila maklumkan kepada kami dengan segera jika anda menyedari sebarang penggunaan tanpa kebenaran atau pelanggaran keselamatan berkaitan akaun anda. 

a) Alamat IP  ⁠ Pelayan web kami mengumpul alamat Protokol Internet (IP) anda untuk membantu dalam mendiagnosis masalah atau isu sokongan dengan perkhidmatan kami, serta untuk memantau penggunaan Platform kami, termasuk pemantauan lokasi Pengguna kami.  ⁠ ⁠b) Cookies dan teknology seumpamanya 

Kami menggunakan Cookies untuk menyediakan Pengguna dengan pengalaman melayari yang lebih baik. Cookies ini mengumpul butir-butir seperti keutamaan dan aktiviti klik untuk pengukuran dan bagi ciri-ciri seperti mengingati butir-butir anda semasa log masuk. Kami menggunakan maklumat ini untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk menyesuaikan dan menambah baik pengalaman anda menggunakan perkhidmatan kami, meningkatkan prestasi laman web, menganalisis, membangunkan dan menguji perkhidmatan dan fungsi baharu kami, membuat keputusan perniagaan, membantu dalam pelaporan ralat, dan melaporkan kepada Rakan Kongsi perniagaan kami tentang keputusan yang dicapai melalui perkhidmatan kami. 

Maklumat ini mungkin diterima daripada atau dikongsi dengan mana-mana entiti dalam Kumpulan SEEK dan Pembekal Perkhidmatan serta Rakan Kongsi kami. Ini dilakukan bagi tujuan menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan yang lebih baik. 

Kami juga mungkin menggunakan Cookies dan teknologi seumpamanya (contohnya, ID peranti) untuk menyesuaikan paparan iklan daripada mana-mana entiti dalam Kumpulan SEEK, Rakan Kongsi dan Pengiklan kami yang muncul di Platform kami, Platform Berkaitan atau laman web dan aplikasi pihak ketiga yang lain (Lokasi Pengiklanan) mengikut minat, tindakan dan tingkah laku anda di Lokasi Pengiklanan tersebut (yang mungkin dikumpul melalui penggunaan Cookies di Lokasi Pengiklanan tersebut), Halaman Profil anda dan/atau maklumat yang diberikan sebagai Pengguna di Lokasi Pengiklanan. Paparan iklan mungkin disasarkan kepada Calon, Pengiklan atau jenis pelawat lain ke Lokasi Pengiklanan tersebut. 

Rakan Kongsi dan Pembekal Perkhidmatan kami mungkin meletakkan Cookies pada sebahagian halaman yang dilawati oleh Pengguna di Platform. Cookies ini direka untuk mengumpul maklumat bukan peribadi bagi menganalisis minat dan carian Pengguna di Platform kami untuk membantu menyampaikan paparan iklan yang lebih relevan apabila Pengguna melawat Platform kami dan laman web lain. Maklumat bukan peribadi yang dikumpul oleh Cookies ini mungkin dikongsi dengan pihak ketiga lain bagi tujuan mengurus dan menyasarkan paparan iklan serta analisis penyelidikan pasaran. 

Anda boleh mengehadkan penggunaan maklumat anda bagi tujuan paparan iklan tersasar dengan mengemas kini tetapan pelayar anda untuk menyekat Cookies atau dengan mengemas kini tetapan paparan pengiklanan dalam tetapan sistem peranti mudah alih anda. 

Jika anda tidak mahu Cookies aktif semasa anda melayari Platform kami, anda boleh menarik diri dengan mengubah suai pilihan privasi dalam pelayar anda. Walau bagaimanapun, berbuat demikian akan menghalang akses ke beberapa bahagian Platform dan mengehadkan penggunaan anda terhadap sebahagian produk dan perkhidmatan kami. 

c) Pengukuran Pihak Ketiga   ⁠ Untuk lebih memahami Pengguna kami, kami menggunakan Pembekal Perkhidmatan pihak ketiga untuk mengukur dan menilai trafik Platform kami. Cookie digunakan untuk mengumpul maklumat berikut tentang penggunaan Platform kami: 

  • Bilangan paparan halaman (atau tanggapan halaman) yang berlaku di Platform; 

  • Bilangan pengunjung unik ke Platform;  

  • Berapa lama pengunjung unik ini (secara purata) menghabiskan masa di Platform apabila mereka melawat; dan  

  • Titik masuk dan keluar yang lazim ke Platform. 

Bagi Pengguna Tak Berdaftar Platform kami, maklumat agregat ini disusun dan diberikan kepada kami untuk membantu dalam menganalisis penggunaan Platform kami. Bagi Pengguna Berdaftar, maklumat ini dihubungkan merentasi sesi yang berbeza pada pelbagai peranti ke Platform kami bagi memberikan jumlah keseluruhan Pengguna yang lebih tepat sebelum pengagregatan. Data ini juga boleh diakses oleh organisasi media dan syarikat penyelidikan, bagi tujuan menjalankan perbandingan industri dengan organisasi lain. 

Kami menyimpan Maklumat Peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan pengumpulan dan penyimpanannya sebagaimana yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini atau sehingga anda meminta kami untuk memadamkan Maklumat Peribadi anda, selepas itu kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memadamkan Maklumat Peribadi anda (jika dikehendaki di bawah Undang-undang Privasi yang dikenakan).  

Jika anda telah menghubungi Perekrut di Platform kami dan oleh itu telah memberikan Maklumat Peribadi anda kepada Perekrut, anda perlu menghubungi Perekrut secara terus untuk meminta maklumat anda dipadamkan daripada sistem mereka. 

Kami mungkin menyimpan Maklumat Peribadi anda walaupun selepas anda meminta agar ia dipadamkan jika penyimpanan tersebut munasabah diperlukan oleh kami untuk mematuhi kepentingan sah, obligasi undang-undang dan kawal selia kami, menyelesaikan pertikaian antara Pengguna, mencegah dan memulihkan sebarang penipuan dan/atau penyalahgunaan, menyimpan dalam sistem ujian atau sandaran (untuk suatu tempoh masa) atau untuk menguatkuasakan Dasar Privasi ini dan/atau mana-mana Terma dan Syarat kami yang lain. Apabila maklumat disimpan dalam persekitaran ujian, maklumat ini disimpan dalam persekitaran yang tertutup dan selamat, dan maklumat tersebut hanya digunakan bagi tujuan ujian perisian dalaman. Maklumat yang disimpan dalam sistem sandaran hanya disimpan bagi tujuan memulihkan sistem sekiranya berlaku kehilangan data. 

a) Umum   ⁠ Anda boleh membuat permintaan tertentu berkaitan Maklumat Peribadi yang kami simpan tentang anda. Sesetengah permintaan ini hanya terpakai dalam keadaan tertentu, sebagaimana yang dinyatakan dengan lebih terperinci di bawah.  

  • Akses: Anda berhak untuk menentukan sama ada kami menyimpan Maklumat Peribadi tentang anda dan meminta akses kepada Maklumat Peribadi tersebut. Bagi Perekrut, anda boleh mengakses maklumat anda pada bila-bila masa dengan log masuk ke akaun anda. Bagi Calon dan Majikan, anda boleh mengakses maklumat anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami.  

  • Pembetulan/Rektifikasi: Anda berhak untuk membetulkan sebarang Maklumat Peribadi yang disimpan tentang anda yang tidak tepat atau tidak lengkap. Jika anda adalah Agensi atau Perekrut, anda boleh mengubah atau mengemas kini Halaman Profil anda pada bila-bila masa dengan log masuk ke akaun anda. Sebagai alternatif, mana-mana Pengguna boleh membetulkan atau mengemas kini Maklumat Peribadi mereka dengan menghubungi kami.  

  • ⁠Pemadaman:   

⁠a) Bagi Calon dan Majikan, anda boleh meminta kami memadam Maklumat Peribadi anda yang disimpan dengan menghubungi kami. Sebagai alternatif, mana-mana Pengguna boleh menghubungi kami untuk meminta agar kami mengehadkan Pemprosesan atau memadam Maklumat Peribadi mereka, atau untuk menarik balik persetujuan mereka terhadap Pemprosesan Maklumat Peribadi mereka oleh kami. Untuk memadam Halaman Profil anda, anda perlu memadam keseluruhan akaun anda dengan kami.    ⁠ ⁠b) Sila ambil maklum, bagi Perekrut yang membuat permintaan pemadaman, kami akan segera mengalih keluar maklumat Halaman Profil anda (yang merangkumi Maklumat Peribadi anda) daripada Platform kami. Untuk memadam Halaman Profil anda, anda perlu memadam keseluruhan akaun anda dengan kami. Walau bagaimanapun, jika maklumat Halaman Profil anda telah diakses atau diindeks oleh Platform dan Laman Web Pihak Ketiga, versi cached atau yang diterbitkan semula bagi Maklumat Halaman Profil anda mungkin masih terus dipaparkan oleh platform ini untuk suatu tempoh masa selepas permintaan pemadaman anda diproses oleh kami. Kami tidak dapat menjamin pembuangan atau pemadaman sepenuhnya Maklumat Peribadi anda daripada Platform dan Laman Web Pihak Ketiga ini memandangkan platform tersebut beroperasi secara bebas daripada SEEK Recruiter dan mengurus proses kemaskini dan pemadaman mereka sendiri. Anda mungkin ingin menghubungi platform tersebut secara terus untuk menyelesaikan pemadaman Maklumat Peribadi anda. 

  • Menarik Diri/Berhenti Melanggan  ⁠ Anda boleh menarik diri daripada komunikasi daripada kami, dengan menghubungi kami melalui butir-butir hubungan dalam Bahagian 15 atau dengan mengklik 'berhenti melanggan' di bahagian bawah sebarang e-mel pemasaran atau promosi. 

     

    Kami akan mematuhi sebarang permintaan berhenti melanggan secepat yang munasabah dan selaras dengan Undang-undang Privasi yang dikenakan. 

Apabila menghubungi kami secara terus dan membuat permintaan di bawah bahagian ini, kami mungkin meminta anda memberikan maklumat untuk mengesahkan identiti anda sebelum meneruskan permintaan tersebut. Bergantung kepada keadaan dan keperluan di bawah Undang-undang Privasi yang dikenakan, kami mungkin tidak dapat memenuhi permintaan tertentu daripada anda. Kami akan berinteraksi dengan anda apabila kami tidak dapat memenuhi permintaan tertentu.  

Anda juga boleh menghubungi kami untuk meminta akses kepada sebarang hak Maklumat Peribadi tambahan yang mungkin tersedia kepada anda di bawah Undang-undang Privasi yang dikenakan. Kami akan bertindak balas terhadap permintaan anda secepat yang munasabah dan selaras dengan Undang-undang Privasi yang dikenakan. 

Anda bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang tepat, lengkap dan terkini kepada kami tentang diri anda dan mana-mana orang lain yang Maklumat Peribadinya anda berikan kepada kami, serta untuk mengemas kini Maklumat Peribadi ini apabila ia menjadi tidak tepat atau lapuk. Bagi Agensi, Calon, Majikan dan Perekrut, kami berhak untuk melumpuhkan dan/atau memadam Halaman Profil anda atau maklumat tertentu yang terkandung dalam Halaman Profil anda atas budi bicara mutlak kami. Kami mungkin mengambil langkah-langkah sedemikian jika, sebagai contoh, maklumat didapati atau dipercayai tidak benar atau disimpan bagi tujuan yang tidak wajar. 

  • Kami tidak dapat mengawal siapa yang mengakses maklumat anda yang tersedia secara awam atau bagaimana mereka menggunakannya; 

  • Platform dan Laman Web Pihak Ketiga beroperasi secara bebas dan mungkin mengindeks, mengikis, cache, memproses, mengagregat dan edarkan semula maklumat anda yang boleh diakses secara awam mengikut dasar mereka sendiri walaupun selepas anda mengubah tetapan privasi Halaman Profil anda atau memadam Halaman Profil anda, termasuk dalam versi cached atau yang diterbitkan semula; dan 

  • Anda menanggung tanggungjawab penuh untuk menentukan maklumat yang hendak dimasukkan dalam Halaman Profil anda. 

⁠b) Mengurus Tetapan Privasi Profil Anda  ⁠ Agensi dan Perekrut boleh mengubah suai tetapan privasi Halaman Profil mereka pada bila-bila masa, dengan menghubungi kami. 

Kami mungkin mengubah suai Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Anda harus menyemak Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa supaya anda dimaklumkan tentang sebarang perubahan. Dalam sesetengah keadaan, bergantung kepada sifat perubahan tersebut, anda akan diberitahu tentang perubahan pada Dasar Privasi ini sebelum ia berkuat kuasa jika dikehendaki berbuat demikian di bawah Undang-undang Privasi yang dikenakan. 

Dengan terus menggunakan Platform, produk atau perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan sebarang pengubahsuaian yang dibuat kepada Dasar Privasi ini.  

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan Dasar Privasi ini atau jika anda ingin menghubungi kami berkenaan penggunaan atau pengendalian Maklumat Peribadi anda oleh kami, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi kami di [email protected].  

Anda juga boleh menghubungi kami dan meminta salinan Dasar Privasi ini dalam bentuk bercetak atau dalam format lain yang sesuai dengan keperluan khusus anda.  

Sebarang aduan privasi yang diterima oleh kami akan dirujuk untuk siasatan segera dan maklum balas akan diberikan kepada anda secepat mungkin. Jika anda masih tidak berpuas hati dengan penyelesaian sebarang aduan yang dibuat, anda boleh mendapatkan remedi lanjut melalui pengawal selia perlindungan data tempatan anda. 

Dasar Privasi ini mungkin diterjemahkan ke dalam bahasa tempatan di wilayah yang berkenaan. Sekiranya terdapat konflik antara Dasar Privasi ini dalam versi bahasa Inggeris dan versi tempatan, versi bahasa Inggeris akan diutamakan. Versi tempatan hendaklah dianggap dipinda secara automatik untuk mematuhi dan diselaraskan dengan versi bahasa Inggeris. 

Istilah 

Definisi 

Agensi  

Perniagaan agensi pengambilan pekerja. 

Calon 

Seorang individu yang menggunakan Platform kami dan/atau mengakses perkhidmatan kami (sama ada melalui akaun berdaftar atau tidak), termasuk meninggalkan ulasan untuk Perekrut, peluang masa hadapan, rangkaian profesional, atau tujuan berkaitan kerjaya yang lain. 

Cookies  

Cookies/kuki, tag, applet, skrip dan teknologi seumpamanya yang lain. 

Majikan 

Seorang majikan yang menggunakan Platform kami dan/atau mengakses perkhidmatan kami, termasuk untuk meninggalkan ulasan untuk Perekrut atau tujuan berkaitan pengambilan pekerja yang lain. 

Lokasi Utama 

Tempat kediaman utama anda (jika anda adalah Calon, tempat kediaman utama anda seperti yang dipilih dalam Halaman Profil anda). 

Akaun Berpaut  

Log masuk Google, Facebook atau Apple ID. 

Kebenaran Ibu Bapa 

Mempunyai maksud yang diberikan kepadanya dalam Bahagian 3 Dasar Privasi ini. 

Rakan Kongsi 

Pihak ketiga yang bekerjasama dengan kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami atau Pengguna kami, contohnya, rakan kongsi pemasaran yang bekerjasama dengan kami untuk mengiklankan dan memasarkan produk dan perkhidmatan kami, pembekal perisian pengambilan pekerja yang bersepadu dengan kami untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada Pengiklan atau rakan kongsi perniagaan strategik yang bekerjasama dengan kami untuk menyediakan perkhidmatan sampingan. 

Maklumat Peribadi 

Maklumat (termasuk Maklumat Sensitif) yang mengenal pasti seorang individu atau yang secara munasabah boleh mengenal pasti seorang individu, termasuk fakta dan pendapat, sama ada ia benar atau tidak.<br><br>Di bidang kuasa tertentu, istilah "Data Peribadi" digunakan di bawah Undang-undang Privasi yang dikenakan, yang bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan seseorang yang dikenal pasti, atau individu yang boleh dikenal pasti secara langsung atau tidak langsung. Rujukan kepada Maklumat Peribadi dalam Dasar Privasi ini termasuk rujukan kepada Data Peribadi, di mana berkenaan. 

Data Peribadi 

Lihat definisi Maklumat Peribadi. 

Platform 

Termasuk laman web dalam talian, laman web mudah alih, aplikasi, produk, perkhidmatan, ciri-ciri dan perisian kami. 

Undang-undang Privasi 

Undang-undang privasi dan perlindungan data yang dikenakan (termasuk sebarang undang-undang spam yang dikenakan) yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa dalam bidang kuasa tertentu yang mengawal selia pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyimpanan dan pemberian hak akses kepada Maklumat Peribadi. 

Proses, Pemprosesan atau Diproses 

Pengumpulan, penggunaan, pendedahan, pemindahan, pengekalan atau pemprosesan lain Maklumat Peribadi. 

Halaman Profil  

a) Halaman Profil Agensi yang diwujudkan di Platform kami mengandungi Ulasan Agensi tersebut. 

b) Halaman Profil Perekrut diwujudkan atau dituntut (di mana Agensi telah menghantar jemputan kepada Perekrut untuk menuntut suatu Halaman Profil) di Platform kami. Halaman Profil Perekrut mengandungi nama dan Ulasan Perekrut dan mungkin mengandungi Maklumat Peribadi Perekrut yang lain. 

Perekrut 

Agensi profesional atau perekrut bebas yang mempunyai Halaman Profil yang dituntut atau tidak dituntut di laman web ini atau yang dianggap oleh SEEK Recruiter Profile sebagai Perekrut. 

Pengguna Berdaftar 

Pengguna yang telah mendaftarkan akaun dengan kami melalui Platform kami (atau cara lain untuk mendapatkan atau menerima akses kepada produk dan/atau perkhidmatan kami) dan telah log masuk ke akaun tersebut semasa menggunakan Platform kami. Dalam konteks tertentu yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini (seperti tetapan privasi Halaman Profil), Pengguna Berdaftar yang telah log keluar daripada akaun mereka semasa menggunakan Platform, produk atau perkhidmatan kami akan dianggap sebagai Pengguna Tak Berdaftar. 

Orang Berkaitan 

Seseorang atau beberapa orang yang berkaitan dengan Pengguna Berdaftar seperti penyokong ('referees') dan kenalan kecemasan. 

Platform Berkaitan 

Mempunyai maksud yang diberikan kepadanya dalam Bahagian 5(d) Dasar Privasi ini. 

SEEK Recruiter Profile, kami 

Sebarang rujukan kepada "SEEK Recruiter Profile" dan "kami" merujuk kepada SEEK Recruiter Profile. 

Kumpulan SEEK 

SEEK Limited dan setiap badan korporat berkaitan SEEK Limited (sebagaimana istilah tersebut ditakrifkan dalam Akta Korporat Australia 2001 (Cth)). 

Maklumat Sensitif 

Kategori tertentu Maklumat Peribadi sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Undang-undang Privasi yang dikenakan yang mungkin termasuk maklumat atau pendapat tentang asal usul kaum atau etnik seseorang individu, pendapat atau persatuan politik, kepercayaan agama, keahlian atau persatuan kesatuan sekerja, orientasi seksual, rekod jenayah termasuk sebarang prosiding bagi sebarang kesalahan yang dilakukan atau didakwa telah dilakukan oleh individu tersebut (termasuk pelupusan atau keputusan prosiding tersebut), maklumat kesihatan dan genetik, atau pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan, dengan syarat maklumat atau pendapat tersebut memenuhi definisi Maklumat Peribadi. 

Pembekal Perkhidmatan 

Pihak ketiga yang membantu kami menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Contohnya, pembekal perkhidmatan analitik; pembekal perkhidmatan sistem awan; pembekal perkhidmatan penyimpanan; pembekal perkhidmatan teknologi maklumat; pembekal perkhidmatan pemasaran dan pengiklanan; pembekal penyelidikan pasaran; pembekal perkhidmatan perakaunan, audit, undang-undang dan pematuhan, serta penasihat profesional lain; pembekal perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan dalam pengurusan acara, pembekal perkhidmatan pembayaran elektronik, dan semua vendor lain. 

Terma dan Syarat 

Sebarang terma penggunaan, terma dan syarat dan/atau terma yang dipersetujui yang lain (sebagaimana yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa) yang anda setujui apabila mendapatkan produk dan perkhidmatan kami. Ini mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) Terma Penggunaan Pengiklanan kami (termasuk sebarang Perjanjian Pengiklanan yang mungkin anda masuki dengan kami); Terma Produk; Terma dan Syarat Carian Bakat; Terma dan Syarat Profil Syarikat, Terma Penggunaan API SEEK dan Terma dan Syarat Laman Web. 

Platform dan Laman Web Pihak Ketiga 

Laman web, platform, aplikasi mudah alih, alat atau perkhidmatan yang tidak dikendalikan oleh SEEK, termasuk tetapi tidak terhad kepada enjin carian awam, perkhidmatan berkuasa AI,automated crawlers, alat pengindeksan dan pengagregatan kandungan, serta perkhidmatan dalam talian lain yang mungkin mengakses, mengindeks, mengikis,cache, memproses, mengagregat atau menerbitkan semula kandungan daripada Platform kami, sama ada perkhidmatan ini dikendalikan melalui laman web, aplikasi mudah alih, API atau antara muka digital yang lain. 

Pengguna Tak Berdaftar 

Pengguna yang:  ⁠ ⁠a) menggunakan dan melawat Platform kami tetapi tidak mempunyai akaun Pengguna Berdaftar;    ⁠ ⁠b) mempunyai akaun Pengguna Berdaftar tetapi tidak log masuk ke akaun tersebut pada masa mereka mengakses produk dan perkhidmatan kami; atau  ⁠ ⁠c) berinteraksi dengan kami melalui saluran lain di luar Platform kami, contohnya, melalui telefon atau secara peribadi, melalui proses permohonan kerja secara terus, sebagai pelabur, dengan menyertai sebarang acara, program atau promosi, atau melalui Platform dan Laman Web Pihak Ketiga. 

Data Penggunaan dan Peranti 

Mempunyai maksud yang diberikan kepadanya dalam Bahagian 3 Dasar Privasi ini. 

Pengguna, anda 

Calon, Pengiklan, Pengguna Berdaftar, Pengguna Tak Berdaftar dan semua Pengguna lain (mengikut keadaan) yang berinteraksi dengan kami dan/atau menggunakan produk, perkhidmatan atau maklumat kami, sama ada di dalam atau di luar Platform kami, kecuali konteksnya menunjukkan bahawa hanya Calon, Pengguna Berdaftar, Pengguna Tak Berdaftar dan/atau Pengiklan yang dirujuk. 

Young User 

Bermaksud mana-mana Pengguna yang berumur di bawah umur minimum yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Privasi yang dikenakan, termasuk: 

a) Bagi Pengguna di Thailand, Pengguna Muda bermaksud seseorang yang berumur di bawah 20 tahun yang belum berkahwin secara sah.  ⁠ ⁠b) Bagi Pengguna di Indonesia, Pengguna Muda bermaksud seseorang yang berumur di bawah 21 tahun yang belum berkahwin secara sah.  ⁠ ⁠c) Bagi Pengguna di Filipina, Pengguna Muda bermaksud seseorang yang berumur di bawah 18 tahun.  ⁠ ⁠d) Bagi Pengguna di Malaysia, Pengguna Muda bermaksud seseorang yang berumur di bawah 18 tahun.  ⁠ ⁠e) Bagi Pengguna di Singapura, Pengguna Muda bermaksud seseorang yang berumur di bawah 13 tahun. 

Jika berkenaan, terma khusus bidang kuasa berikut akan menambah, dan hendaklah dibaca bersama-sama dengan, Dasar Privasi ini. Sekiranya terdapat konflik antara terma khusus bidang kuasa yang berkaitan dengan bidang kuasa anda dan selebihnya Dasar Privasi ini, terma khusus bidang kuasa yang berkaitan akan diutamakan. 

a) Hong Kong   ⁠ Kami berhasrat untuk menggunakan nama dan butir-butir hubungan Pengguna Berdaftar bagi tujuan pemasaran langsung berkaitan produk dan perkhidmatan berikut, dan persetujuan anda (yang termasuk petunjuk tiada bantahan) diperlukan daripada kami untuk berbuat demikian: 

  • produk dan perkhidmatan kami termasuk maklumat tentang ciri-ciri kami, penempatan kerja dan maklumat kerjaya yang berkaitan, surat berita, tinjauan dan maklumat acara yang lain; dan 

  • produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan dalam Kumpulan SEEK. 

Sila rujuk Bahagian 13 berkenaan pilihan anda untuk berhenti melanggan daripada pemasaran langsung. 

b) Thailand   ⁠ Jika anda berdomisil di Thailand, maka selain daripada apa yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, perkara berikut terpakai kepada anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi B.E. 2562 (2019) dan sebarang peraturan, perundangan, garis panduan, pemberitahuan dan perintah yang dikeluarkan berdasarkan perundangan tersebut, sebagaimana yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa (secara kolektif, dirujuk sebagai "PDPA"). 

Tempoh Pengekalan 

Kami akan menyimpan data peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini atau sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang yang dikenakan. 

Hak Subjek Data 

Tertakluk kepada had dan syarat PDPA, anda berhak mendapat hak-hak berikut berkenaan Maklumat Peribadi anda. 

Hak untuk mengakses 

Untuk meminta akses kepada Maklumat Peribadi anda, atau untuk meminta salinan Maklumat Peribadi tersebut, serta meminta pendedahan tentang bagaimana Maklumat Peribadi anda telah diperoleh tanpa persetujuan anda. 

Hak untuk pemindahan data 

Untuk mendapatkan Maklumat Peribadi anda dalam format yang umumnya boleh dibaca atau digunakan dengan alat atau peranti automatik daripada kami, dan anda juga berhak untuk meminta kami menghantar Maklumat Peribadi anda dalam format sedemikian kepada pengawal data yang lain.  

Hak untuk membantah 

Untuk membantah Pemprosesan Maklumat Peribadi anda, terutamanya apabila Maklumat Peribadi anda diProses bagi tujuan pemasaran langsung. 

Hak untuk pemdaman 

Untuk meminta agar Maklumat Peribadi anda dipadamkan, dimusnahkan atau tidak mengenal pasti anda secara peribadi. 

Hak untuk penggantungan 

Untuk meminta agar Pemprosesan Maklumat Peribadi anda digantung. 

Hak untuk pembetulan 

Untuk meminta agar Maklumat Peribadi anda dikemas kini, dilengkapkan atau diperbetulkan. Bagi Pengguna Berdaftar, anda boleh menyunting atau meminda Maklumat Peribadi anda pada Halaman Profil anda sebagai alternatif.  

Hak untuk menarik balik persetujuan 

Apabila asas undang-undang bagi Pemprosesan Maklumat Peribadi anda adalah persetujuan, anda berhak untuk menarik balik persetujuan pada bila-bila masa, tertakluk kepada syarat dan had yang ditetapkan oleh PDPA. Penarikan balik persetujuan anda tidak akan menjejaskan Pemprosesan Maklumat Peribadi anda yang mana anda telah memberikan persetujuan secara sah sebelum penarikan balik tersebut. 

Hak untuk membuat aduan 

Anda berhak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan perlindungan data peribadi sekiranya kami tidak mematuhi atau melanggar PDPA. Walaupun demikian, kami menggalakkan anda untuk terlebih dahulu menghubungi kami bagi menyelesaikan sebarang isu atau kebimbangan. 

c) Filipina     ⁠Jika anda berdomisil di Filipina, tertakluk kepada had dan syarat Akta Privasi Data 2012 (DPA) dan sebarang peraturan, perundangan, garis panduan, pemberitahuan dan perintah yang dikeluarkan berdasarkan DPA, sebagaimana yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa, anda berhak mendapat hak-hak berikut berkenaan Maklumat Peribadi anda.  ⁠

Hak untuk dimaklumkan 

Untuk dimaklumkan bahawa Maklumat Peribadi anda sedang atau telah diproses, termasuk kewujudan pembuatan keputusan automatik dan pemprofilan. Kami telah berbuat demikian melalui Dasar Privasi ini. 

Hak untuk membantah 

Untuk membantah pemprosesan Maklumat Peribadi anda, termasuk pemprosesan bagi tujuan pemasaran langsung, pemprosesan automatik atau pemprofilan. 

Hak untuk mengakses 

Untuk mendapat akses yang munasabah, atas permintaan, atau salinan Maklumat Peribadi anda termasuk sumber-sumber dari mana Maklumat Peribadi anda diperoleh, nama dan alamat penerima Maklumat Peribadi anda, cara pemprosesan tersebut dilakukan, sebab-sebab pendedahan Maklumat Peribadi anda kepada penerima (jika ada), maklumat tentang proses automatik di mana Maklumat Peribadi anda akan atau mungkin dijadikan sebagai satu-satunya asas bagi sebarang keputusan yang mempengaruhi atau akan mempengaruhi anda dengan ketara, tarikh Maklumat Peribadi anda terakhir diakses dan diubah suai serta jawatan, nama Pengawal Data. 

Hak untuk pembetulan 

Untuk mempertikaikan ketidaktepatan atau kesilapan dalam Maklumat Peribadi dan meminta kami membetulkannya dengan segera dan sewajarnya, melainkan permintaan tersebut adalah tidak munasabah atau bertujuan mengganggu. 

Hak untuk pemadaman/ penyekatan 

Untuk menggantung, menarik balik atau memerintahkan penyekatan, pembuangan atau pemusnahan Maklumat Peribadi anda daripada sistem pemfailan kami. 

Hak untuk gantirugi 

Untuk mendapat pampasan bagi sebarang kerugian yang dialami akibat penggunaan Maklumat Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, lapuk, palsu, diperoleh secara haram atau tanpa kebenaran, dengan mengambil kira sebarang pelanggaran hak dan kebebasan anda sebagai subjek data. 

Hak untuk pemindahan data 

Untuk mendapatkan daripada kami salinan Maklumat Peribadi anda dalam format elektronik atau berstruktur yang lazim digunakan dan membolehkan penggunaan selanjutnya oleh anda. 

Hak untuk membuat aduan 

Anda berhak untuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Privasi Nasional sekiranya kami tidak mematuhi atau melanggar DPA. Walaupun demikian, kami menggalakkan anda untuk terlebih dahulu menghubungi kami bagi menyelesaikan sebarang isu atau kebimbangan. 

d) New Zealand  ⁠ ⁠Sesetengah pihak ketiga kepada siapa kami mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi anda (seperti yang disenaraikan di atas dalam Bahagian 8) mungkin merupakan 'orang atau entiti asing' bagi tujuan Akta Privasi 2020 New Zealand (contohnya, mereka mungkin syarikat yang diperbadankan di luar New Zealand). 

Anda memberi kuasa kepada kami untuk membuat pendedahan tersebut dan mengakui bahawa penerima tersebut mungkin tidak tertakluk kepada Undang-undang Privasi yang memberikan perlindungan yang setanding dengan perlindungan di bawah Akta Privasi 2020.  ⁠ ⁠ e) Malaysia 

Kebenaran Ibu Bapa 

Sekiranya anda bersetuju dengan Dasar Privasi ini bagi membolehkan seorang individu bawah umur mengakses dan menggunakan Platform, produk atau perkhidmatan kami, anda dengan ini bersetuju untuk pemberian Maklumat Peribadi individu bawah umur tersebut diproses selaras dengan Dasar Privasi ini dan anda secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dalam Dasar Privasi ini. Tambahan pula, anda dengan ini bersetuju untuk bertanggungjawab ke atas tindakan individu bawah umur tersebut, dan pematuhan individu bawah umur tersebut terhadap Dasar Privasi ini. 

Hak untuk mengehadkan pemprosesan Maklumat Peribadi anda 

Anda boleh meminta untuk mengehadkan pemprosesan Maklumat Peribadi anda dengan menggunakan butir-butir hubungan yang diberikan di bawah bahagian Hubungi Kami di atas. Walau bagaimanapun, ini mungkin mempengaruhi penyediaan produk dan perkhidmatan kami kepada anda.  ⁠ ⁠f) Singapore 

Jika anda berdomisil di Singapura, maka semua rujukan kepada Undang-undang Privasi dalam Dasar Privasi ini hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk rujukan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 Singapura (PDPA 2012) dan mana-mana perundangan subsidiari berkaitan, peraturan, undang-undang kecil, garis panduan nasihat, pemberitahuan dan/atau perintah yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa. 

Pergantungan kepada Persetujuan Anggapan dan/atau Pelbagai Pengecualian di bawah PDPA 2012 

Semua rujukan kepada persetujuan dalam Dasar Privasi ini hendaklah turut merangkumi rujukan kepada persetujuan anggapan oleh anda terhadap pengumpulan, penggunaan dan/atau pendedahan Maklumat Peribadi anda oleh kami apabila anda mendaftarkan diri dan mewujudkan atau menuntut akaun dengan kami, menggunakan produk dan perkhidmatan kami, melawat Platform kami atau sekadar berinteraksi dengan kami melalui telefon, e-mel, secara peribadi atau melalui sebarang cara lain. Tertakluk kepada PDPA 2012, kami berhak untuk bergantung kepada persetujuan anggapan sedemikian oleh anda bagi pengumpulan, penggunaan dan/atau pendedahan Maklumat Peribadi anda bagi tujuan yang dinyatakan dalam bahagian-bahagian di atas. 

Selain daripada persetujuan anggapan, kami juga mungkin bergantung kepada pengecualian lain terhadap keperluan persetujuan di bawah PDPA 2012 apabila sesuai, termasuk tetapi tidak terhad kepada situasi di mana: 

  • Penggunaan Maklumat Peribadi (yang termasuk perkongsian Maklumat Peribadi tersebut antara entiti dalam Kumpulan SEEK) adalah berkaitan dengan (i) menambah baik, meningkatkan atau membangunkan barangan atau perkhidmatan baharu kami; (ii) menambah baik, meningkatkan atau membangunkan kaedah atau proses baharu kami bagi operasi perniagaan berkaitan barangan dan perkhidmatan kami; (iii) mempelajari atau memahami tingkah laku dan keutamaan pelanggan kami (termasuk kumpulan pelanggan yang disegmenkan mengikut profil); dan/atau (iv) mengenal pasti barangan atau perkhidmatan yang mungkin sesuai untuk pelanggan (termasuk kumpulan pelanggan yang disegmenkan mengikut profil) atau mempersonalisasikan atau menyesuaikan sebarang barangan atau perkhidmatan tersebut untuk pelanggan (Pengecualian Penambahbaikan Perniagaan); 

  • Di mana pengumpulan, penggunaan dan/atau pendedahan Maklumat Peribadi adalah berkaitan dengan data yang diperoleh daripada atau didedahkan oleh agensi awam dan adalah selaras dengan tujuan pendedahan oleh agensi awam tersebut (Pengecualian Agensi Awam); dan/atau 

  • Di mana penggunaan dan/atau pendedahan Maklumat Peribadi adalah bagi tujuan penyelidikan, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyelidikan pasaran, dengan syarat bahawa (i) tujuan penyelidikan tidak dapat dicapai secara munasabah melainkan Maklumat Peribadi diberikan dalam bentuk yang boleh dikenali secara individu; (ii) terdapat manfaat awam yang jelas dalam menggunakan Maklumat Peribadi bagi tujuan penyelidikan; (iii) keputusan penyelidikan tidak akan digunakan untuk membuat sebarang keputusan yang mempengaruhi anda; dan (iv) sekiranya keputusan penyelidikan diterbitkan, kami akan menerbitkan keputusan dalam bentuk yang tidak mengenal pasti anda. Syarat tambahan terpakai kepada pendedahan Maklumat Peribadi, di mana adalah tidak praktikal bagi kami untuk mendapatkan persetujuan anda untuk pendedahan (Pengecualian Penyelidikan

Bagi mengelakkan keraguan, oleh itu, kami juga mungkin bergantung kepada Pengecualian Penambahbaikan Perniagaan; Pengecualian Agensi Awam dan/atau Pengecualian Penyelidikan (apabila sesuai, dan tertakluk kepada PDPA 2012) selain daripada semua asas undang-undang yang dinyatakan dalam Bahagian 6 di atas, berkenaan dengan pemprosesan Maklumat Peribadi anda bagi tujuan tertentu yang dinyatakan dalam bahagian tersebut. 

Sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian 4 di atas, kami hanya akan mengumpul, menggunakan dan/atau mendedahkan Maklumat Sensitif dengan persetujuan nyata anda atau jika terdapat asas undang-undang lain yang membenarkan kami berbuat demikian. 

Hak untuk Menarik Balik Persetujuan 

Tertakluk kepada PDPA 2012, dan selain daripada semua hak yang dinyatakan dalam Bahagian 13 di atas, anda juga berhak mendapat hak berikut berkenaan Maklumat Peribadi anda.  ⁠

Hak untuk menarik balik persetujuan 

Apabila asas undang-undang bagi Pemprosesan Maklumat Peribadi anda adalah persetujuan, anda berhak untuk menarik balik sebarang persetujuan yang diberikan atau yang dianggap telah diberikan di bawah PDPA 2012 pada bila-bila masa, tertakluk kepada syarat dan had yang ditetapkan oleh PDPA 2012. Berkenaan dengan Maklumat Peribadi anda yang sudah dalam milikan kami, penarikan balik persetujuan hanya akan terpakai kepada penggunaan berterusan atau pendedahan masa hadapan Maklumat Peribadi yang berkenaan oleh kami. 

Pemindahan Maklumat Peribadi ke luar Singapura 

Selanjutnya daripada Bahagian 9, apabila Maklumat Peribadi anda dipindahkan ke luar Singapura, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan Maklumat Peribadi anda terus menerima tahap perlindungan yang sekurang-kurangnya setanding dengan perlindungan yang diberikan di bawah PDPA 2012. 

Dengan mendaftarkan diri dan mewujudkan atau menuntut akaun dengan kami, menggunakan produk dan perkhidmatan kami, melawat Platform kami atau sekadar berinteraksi dengan kami melalui telefon, e-mel, secara peribadi atau melalui sebarang cara lain, anda menerima dan bersetuju bahawa Maklumat Peribadi anda mungkin dipindahkan (di dalam atau di luar Singapura) kepada pihak ketiga termasuk mereka yang dinyatakan dalam Bahagian 8 dan 9 di atas, untuk digunakan bagi tujuan yang dinyatakan dalam bahagian-bahagian tersebut. Kami akan melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang munasabah yang mungkin termasuk langkah-langkah pentadbiran, fizikal dan teknikal, seperti memastikan hanya jumlah data peribadi yang sewajarnya disimpan, mengehadkan akses kepada dokumen sulit berdasarkan keperluan untuk mengetahui, melaksanakan protokol pengehadan akses dan penyulitan untuk mencegah akses tanpa kebenaran, pengasingan data, memindahkan Maklumat Peribadi hanya melalui rangkaian komputer yang selamat, dan/atau langkah-langkah lain yang berkaitan untuk melindungi Maklumat Peribadi anda. 

© 2026 SEEK Recruiter Profile Pty Ltd. All Rights Reserved.